married

Daisypath Anniversary tickers

wrote

Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 14, 2010

my mom story part II

Lagu “kau milik siapa”, mengingatkan aku peristiwa aku dengan kakak ku di tapak pecan sehari temerloh, lagu itu dimainkan oleh budak-budak menjual kaset-kaset disitu,selepas membeli barang aku disuruh kakak turun dahulu kebawah menaiki motor air (bot@kapal),dahulu mana ada jalan darat. Aku pun turun tanpa menanggalkan kasut, sampai sahaj aku di pelantar air, aku mencari motor air pak sedara aku. Setelah puas ku tinjau namaklah motor air itu jauh dibelakang, untuk sampai ke situ aku terpaksa melalui motor air-motor air lain dahulu, aku mencuba untuk naik motor yang paling dekat denganku, tapi dengan tidak ku sangka kakiku tergelincir dan “kecubur!!!” aku terus jatuh ke dalam sungai Pahang. Apalagi aku menjerit meminta tolong, nasib baik tanganku pantas menyambar rantai yang disambung ke pokok ditebing sunai, bergayutlah aku sebelum aku diselamatkan olh seseorang yang sedang menimba air didalam motornya, separuh barang-barang yang dibeli hanyut dibawa arus, semua orang ditabing menjerit “anak siapa jatuh?”berulang-ulang kali, aduh malunya, sudahnya aku dimarahi kakak, semua pakaian ku basah kuyup,aku diberi pinjam kaen batik oleh ong yang menyelamatkanku tadi, samapai sekarang bila ku lalu disitu aku tersenyum sendirian.

No comments: